Sunday, April 5, 2009

2 April 09: no April fool

Words and words and words more from Dr Tee.... this is one of the most important session; the reflection session.

Pada mulanya saya ok, boleh lagi dengar apa yang Dr nak rumuskan. Terasa malu sendiri sebab pencapaian dan sumbangan dalam wiki rasanya tak setanding dengan apa yang Dr gariskan sebagai objektif. Saya melihat itu sebagai mudah, tak sangka pula ada agenda yang lebih besar disebaliknya.

Untuk menghabiskan 2 jam baki kelas pada hari itu, amatlah saya memerah otak (mungkin dah rasa down selepas mendengar kesimpulan Dr pada bahagian awal kelas). Saya dah surrender dah bila kelas tamat. Saya rasa saya tak dapat semua yang Dr cuba sampaikan.

Sabtu saya berjumpa dengan Maryam, untuk menyelesaikan projek kami. Maryam tanya apa yang disampaikan pada kelas lepas, dan saya seperti menghela nafas, menarik nota saya perlahan-lahan, dan bermula....

  • PTL- personal learning theory

setiap 16 orang ahli kursus ini ada teori pembelajaran masing-masing, yang menyebabkan wiki pertama tu tak berapa berjaya. Wiki ke-2 yang dimulakan dengan video (ia sebagai common point untuk semua orang) yang lebih terarah dan terbimbing nampaknya lebih baik dalam menugmpulkan idea kami.

  • Active learning

active learning bukan bermaksud aktif secara fizikal. Active learning berlaku apabila pelajar dapat membuat kaitan / connection dengan apa yang mereka tahu / telah belajar / prior knowledge sebelum ini. Ohhh selama ini pemahaman saya salah. Saya beranggapan active learning berlaku apabila pelajar secara aktif terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan guru. Serius!! Entah bagaimana saya boleh tak perasan kesalahan pemahaman saya itu ;(

  • cognitive check

one minute session ynag boleh membantu guru make sure pelajar dapat apa yang mereka intend to dapat. Saya suka juga buat cognitive check dalam kelas, tanya pelajar out of sudden soalan-soalan berkaitan dengan apa yang dibincangkan.

  • CARS learning principles by Driscoll
  1. in CONTEXT- pembelajaran berlaku dalam keadaan sebenar
  2. is ACTIVE- making connection to prior knowledge (bukan aktif terkinja-kinja dalam kelas ye kawan-kawan)
  3. is REFLECTIVE- think back what have u done, evaluate it, critic your own works, how to improve it, what is good, what is not
  4. is SOCIAL- learn from everyone around u- teachers, peers, folks, authorities people etc

hmmmm kira banyak juga la yang saya dapat malam tu. Tidaklah mendukacitakan sangat.

Oh sangat takut nak menghadapi peperiksaan!

5 comments:

  1. Thanks for sharing an insightful reflection of last week's class. Maryam is in good hands! Indeed there's a larger picture, and you captured it quite vividly. Ultimately, we want to be able to teach based on a better understanding how our students are more likely to learn effectively.

    Your earlier conception of active learning is not entirely wrong. Students to benefit from well-designed activities that require physical movement. But those cognitive connections are critical -- both at the personal and group level.

    One more thing -- look into "1-minute paper" as a technique to induce personal reflection and get feedback. For group-level, check out: think-pair-share. I think you will appreacite it!

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama yang diberikan;)

    ReplyDelete
  3. Best baca reflection Normie. As Dr Tee mentioned in class, you did a good job in reflecting what has been learned in class. Thumbs up for Normie!

    ReplyDelete
  4. reflection ini telah di-recomended by Dr Tee untuk dibaca rakan-rakan ;) sumber inspirasi saya adalah chun dan kak hana; pada awalnya saya jeles kat dorang sebab saya tak tahu nak wat reflection sebaik dorang punya. alhamdulillah, saya managed!

    ReplyDelete

Apa kata anda?