Monday, July 20, 2009

1st week: Internet dalam pendidikan (?)

Minggu pertama kelas pada sem ini agak havoc dan chaotic. Hari yang kena hadiri kelas Dr Tee, saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama 1 jam ½. Gila!

Seperti kelas-kelas awal yang biasa, hari ini kami berkenalan sesame sendiri dan dengan kursus yang bakal dijalani. Dah tau dah berapa banyak assignment sem ini. Alhamdulillah, tidaklah seteruk dan sebangayk kelas Dr Tee sem lepas.

Minggu ke-2 pula, pagi hari yang ada kelas Dr Tee, saya mengalami kemalalangan jalan raya berskala kecil (oh saya yang melanggar bumper kereta Nissan itu. Oh kereta buatan Malaysia adalah sangat AMPUH!). yuran pun dah setel, hati girang masuk kelas.

Tajuk hari ini tentang History of Internet. Rupa-rupanya internet ni asalnya untuk kepentingan ketenteraan, kemudian proses globalisasi membuatkan internet berkembang untuk tujuan ekonomi.

Perkembangan internet terutamnya dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada kemahiran pakar komputer/ pakar internet, bukannya profesor pendidikan atau guru matapelajaran. Cuma apabila teknologi itu mahu digunakan di sekolah atau university, maka di sinilah keperluan kepada pakar pendidikan itu dikehendaki.

Maka, kerana itu, pada pendapat saya, tidak hairanlah jika banyak guru yang menyatakan kegagalan mereka untuk mengintegrasi internet dalam P&P mereka (oh saya juga menghadapi masalah yang sama).

Pernah diceritakan, kalau seorang guru pengsan di dalam kelasnya, bangun semula 10 tahun kemudian, dia boleh terus mengajar kelasnya ketika itu.

Tetapi jika seorang doktor yang pengsan di tengah-tengah pembedahan, bangun semula 10 tahun kemudian, nescaya dia pengsan semula keran terlalu kagum dengan teknologi perubatan yang baru.

Ya, arena pendidikan masih cuba menyesuaikan diri dengan teknologi pendidikan yang semakin berkembang.

Yang pasti, jangan biarkan teknologi menghantui anda. Sebaliknya, gunakan teknologi untuk ‘menghantui’ pengajaran anda.

Saturday, July 4, 2009

Yup! kelas Dr Tee lg sem ini :)

Saya dah mendaftar untuk kelas Dr Tee lg sem ni, satu lagi kelad Prof Raja. Nak tak nak, memang lagi 2 kursus tu je nak abiskan, lepas tu 6 jam kredit untuk kertas projek.

Dah start masuk kelas 2M- untuk pelajar-pelajar yang tak lancar membaca. Hmmmm... ia buat saya berfikir, bagaimana nak integrate multimedia dengan membaca? Sekarang ni buku yang digunakan Bacalah Sayang.

For starter, i need to make some bahan la kan? Pastu fikirkan cara nak dapat dan kumpul data- kumpulan sasaran saya dah ada.

Part kajian dolu-dolu tu lum ada sehabuk pun, nak kena start bertapa kat library ni.

Kepada kawan-kawan yang bakal join kelas next Thursday,

miss nyaaaa mahu jumpa kamu semua!!!

Chaiyokk!!!