Monday, November 30, 2009

Benar-benar me-shocking-kan

Yup, dah 2 minggu saya blog-hopping anak-anak murid punya blog. Saya kagum, layout mereka sangat hebat, banyak widget dan gambar yang di touch-up (bukan upload gitu-gitu aja dari kamera).

Isi kandungan? kebanyakan tentang aktiviti seharian, aktiviti sekolah, bf gf, kawan-kawan dan musuh-musuh mereka. Kisah kehidupan harian mereka. Kisah bagaimana mereka menangani gejolak rasa jiwa kacau seorang remaja.

Saya cemburu. dahulu, zaman saya sebaya mereka, saya tidak ada blog (zaman tu masih web 1.0, pc pun takde lagi). Kesannya, saya jadi remaja yang sangat rebellious, degil, susah nak gembira dengan life sendiri sebab banyak sangat perassan ayang di-bottle-up-kan. Saya masih ingat, dulu buku conteng saya adalah penuh dengan catatan-catatan rasa marah, tak puas hati, suka dan sebagainya. Saya masih ingat saya bergaduh dengan kawan-kawan baik selepas mereka membaca tulisan saya (padahal dalam diari sendiri tu) tentang rasa tidak puas hati saya terhadap mereka (oh so lame sengal neh waktu tu!). Itu dulu.

Saya belajar banyak perkara tentang mereka. Kami di sekolah selalu anggap mereka tidak mampu dari segi kewangan untuk beli itu dan ini, untuk guna gajet-gajet terbaru di pasaran. Sebenarnya, mereka punya kehidupan agak mewah (mewah kerana saya bandingkan gaya hidup saya 11 tahun lalu- yang tak tahu nak berjalan-jalan shopping makan-makan di pasaraya besar dan ternama di negara kita) (wah apakah ayat ku?).

Mereka menonton wayang barangkali hampir setiap minggu, makan di restoran-restoran yang mahal (saya pun hanya pergi bila hari gaji) dan berhujung minggu di kompleks membeli-belah standard (sunway pyramid, the curve dan one utama adalah terkeluar dari tempat-tempat untuk dating ya- untuk mengelakkan pertemuan yang awkward :p).

Oh, life sangat happening bagi mereka (tapi bagi saya macam pening je tengok).

Yang pada mulanya sangat-saya-tidak-sangka ialah keberanian mereka post gambar-gambar yang agak seksi dan daring (kebanyakan yang berani begitu pelajar cina, Alhamdulillah pelajar Melayu tak buat macam tu, kalau tak, tak tau apa saya patut buat)- gambar kissing gaya pelakon hollywood, pose gaya model cerita America's next top model dan sebagainya.

*sigh yang sangat panjang*

Jelas, mereka tidak sedar (atau mungkin tidak tahu) betapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan sesuatu yang tidak baik ke atas apa yang mereka tuliskan.

Jelas, mereka tidak tahu tentang digital citizenship.

Jelas, mereka pandai menggunakan kemudahan web 2.0 yang ada- pastinya bukan belajar dari sekolah kerana di sekolah tidak ada matapelajaran blogging. Mereka belajar dari kawan-kawan mereka, pun baru belajar sudah sangat pandai mempelbagaikan blog mereka. Mereka memang sangat digital natives!

Banyak perkara yang boleh dikaji saya rasa, dari blog mereka ini. Tak perlu dah kita pening-pening buat modul untuk menggalakkan mereka ini berblog, mereka dah buat dulu dah. Cuma kita hanya perlu fahami apa yang mereka blog kan, kenapa, mengapa, bagaimana.... oh oh oh!!! Sangat banyak research questions kawan-kawan!

Dan, ya, saya tidak bercadang mahu menjadi 'ustazah' setiap kali saya melawati blog mereka. Saya tidak bercadang mahu 'menegur' salah laku mereka di alam virtual (contoh: kenapa tak pakai tudung, kenapa seksi sangat, kenapa ayat mencarut banyak sangat -and the list goes on- bla bla bla) kerana saya tau blog adalah tempat mereka meluah rasa, lari dari norma kehidupan harian mereka yang dikongkong orang lebih berkuasa (guru, ibu bapa dll).

Saya tertanya-tanya, adakah ibu bapa mereka tahu apa yang mereka tuliskan di blog?

Bukan saya tidak mahu mencegah kemungkaran, tapi saya rasa saya perlu perbaiki p&p saya dalam kelas agar akhirnya terkesan kepada mereka di dalam blog.

*sigh pendek* bukan mudah kerjanya.

Friday, November 13, 2009

Iklan :)

http://en.hai-o.com.my/bio-aura/

Reflection

Ohoh sudah selesai sem ini. Tapi sangat tidak puas hati dengan assignment Prof yang telah dihantar :(

I am 100% pisitively sure that I can do much much better!

As I always said to myself, if better is possible, good is not enough. *sigh*

Kesalahan pertama:
Lambat bertindak setelah tajuk proposal pertama ditolak.

Kesalahan kedua:
Tak jumpa Dr Chin, selaku supervisor yang bagos sebenarnya :P

Kesalahan ketiga:
Tak banyak membaca artikel yang berkaitan.

Kesalahan keempat:
Tak berusaha sehabis daya, beralasan kononnya sibuk dengan hal sekolah. Padahal, takde pon.

Maka, perlu extra usaha untuk sem depan. Tak boleh malas-malas lagi neh!