Saturday, February 27, 2010

Sudah mendapat nafas baru :)

Ni kat Library UM, baru lepas ikut bengkel asas penulisan untuk sarjana. Moderator Dr Aini Hassan (oh dia sangat friendly berbanding masa belajar dengan dia time ijazah first dulu- agaknya lepas bersara stress dah kurang). Sebelum terlupa, berikut dirumuskan serba ringkas dapatan hari ini:

Oh sebelum itu, terima kasih kepada Cil Linda yang telah me-alert- kan saya tentang bengkel ini (di FB la kan).

  1. penulisan akademik adalah untuk mengemukakan hujah dan pandangan- langsung tidak berbentuk peribadi
  2. kita takde autoriti nak kemukakan idea2 sendiri- sebab itu merujuk kepada published authors adalah PENTING
  3. Stail menulis untuk Pendidikan biasanya APA, namun kekadang ada gak tercampur dengan stail Chicago (slightly different), jaga-jaga ya.
  4. Satil APA pentingkan surname
  5. Bahagian rujukan untuk susunan yang cantik, dalam Word: Paragraph--> Special--> Hanging --- wallaweiyh ;)
  6. rujukan dalam teks ada 2 macam; a) integral (bersepadu)- nama penulis disebut dalam teks----> Kagan (1990). b) non-integral (tidak bersepadu)- nama penulis hanya disebut dalam kurungan/ catatan nombor ----> (Carter, 1990). Yang (b) seolah-olah tidak mengakui penulis itu, sebaliknya yang (a) kita menekankan pendapat penulis itu.
  7. JANGAN campurkan kedua-dua jenis rujukan dalam satu ayat dengan merujuk kepada 2 rujukan yang berlainan. Contoh----> Menurut Carter (1990), nndhf hgetf xgdfrf xsgdt (Kagan, 1990).
  8. Sumber ke-2 (as cited by ...... in .......): di bahagian rujukan hanya tulis rujukan pertama, ke-2 tidak perlu
  9. Parafrasa bukan sekadar menukar perkataan sahaja, sebaliknya struktur ayat juga perlu diubah
  10. Bab 1 dalam 10 mukasurat pun sudah cukup
  11. Ayat0ayat permulaan untuk menulis pernyataan masalah seeloknya mempunyai narrative hook yang boleh grab attention pembaca, seperti dimulakan dengan statistik atau qoute orang2 ternama, janganlah terlalu teknikal sangat.
  12. Tajuk yang baik jangan lebih dari 12 patah perkataan
  13. permasalahan mesti negatif (kalau semua ok, bukanlah masalah kannnn)
  14. Permasalah kajian (macam tengok hutan dari helikopter) adalah rumusan soroton kajian (macam tengok hutan semasa berada di dalam hutan- cerita SEMUA) yang berhelai-helai kepada beberapa perenggan sahaja
  15. bila buat bacaan aktif, kena pegang highlighter (heheheheheh....)

Banyak lagi info yang best, memang rasa refresh bila dengar semula benda-benda ni.

I'm back people, I'm back. WuuuuuHuuuuuuu!!!!!

Monday, February 1, 2010

Takde apa-apa.

Saya terpaksa berehat daripada melakukan research saya. Saya terpaksa menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sekolah kerana sekarang ni saya rasa saya lebih kepada kerani berbanding menjadi guru. Saya rasa semakin banyak data dan dokumentasi yang kena disiapkan oleh cikgu, semakin result pelajar akan menurun.

Apa ke halnya data murid keluar masuk datang tak datang pun penyelaras tingkatan kena buat?

Apa halnya penyelaras tingkatan semua orang yang pegang jawatan besar dah kat sekolah?

Apa halnya tak bagi je sorang cikgu, sorang kerani untuk kurangkan beban cikgu?

Apa sebenarnya TUGAS cikgu?

Apa, ingat nak mengajar budak-budak yang 1001 fe'el ni senang ke yang boleh bagi lagi, bagi lagi, bagi lagi kerja kat cikgu?

Astaghfirullah.

Sakit otak saya.