Tuesday, February 24, 2009

Internet-based DE

Maafkan saya, tapi saya was gasping for air lepas keluar kelas hari tu. Persembahan Pat dengan Bee Hua padat dengan maklumat, ditambah pula dengan kuliah Dr Tee, saya rasa sedikit kognitif overload :p

DE dulu bermula dengan surat-menyurat, melalui tv, radio dan kini semakin maju dengan internet. Saya rasa saya faham mengapa Pat dan Bee Hua agak terlebih penyampaian pada malam tu, kerana internet menawarkan baaaaaanyak maklumat. Keghairahan untuk membincangkan perkara yang dekat dengan kita membuatkan mereka sukar menapis maklumat yang ingin dikongsi bersama (mungkin!)

Kemudahan-kemudahan atas talian yang banyak ditawarkan kini, sememangnya memudahkan proses DE berlaku. Cuma, pengguna perlulah bijak untuk memilih maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan kegunaan mereka. Seperkara lagi, penggunaan bahan-bahan di internet perlulah tidak menyalahi peraturan hak cipta dan harta intelek. Kegiatan-kegiatan plagiarisma perlu dielakkan. Kebiasaannya pelajar-pelajar lebih gemar merujuk kepada maklumat dari internet untuk menyelesaikan tugasan mereka (saya pun salah seorang dari mereka). Maka pelajar perlu tahu had-had yang dibenarkan untuk copy and paste. pelajar juga perlu tahu menggunakan citation.

Presenters ada menyebut tentang CMS, dan Moodle adalah contoh paling mudah. Melalui pemahaman saya, CMS lebih kepada bagaimana kita nak mengurus sesuatu kursus pembelajaran tu. Siapa gurunya, bagaimana nak hubungi beliau, apa isi kandungan p&p nya, bila kelas akan diadakan, cara penilaiannya bagaimana.... itu CMS. LMS pula lebih menitik beratkan hal pelajar. mereka faham ke tak isi pengajaran, berapa skor mereka dapat, apa latihan yang boleh diberikan, bagaimana latihan boleh disediakan dan macam-macam lagi. Kalau saya rumuskan dalam CMS ada LMS, setuju? Tetapi dalam LMS belum tentu ada CMS, boleh begitu?

WEb 2.0, jika digunakan dengan betul, sangat membantu dalam proses DE. Blog ni salah satu daripada kemudahan yang ditawarkan. selain blog, wiki juga kemudahan web 2.0 (banyak lagi, saya tak ingat). Agak menghairankan, dalam keadaan sekarang pun sebenarnya masih ada orang yang fobia dengan komputer dan internet ni. Nak guna Facebook pun tak berani.

Saya rasa, sebagai pendidik kita perlu berani untuk explore tools yang ditawarkan di internet. Bukan untuk DE saja, untuk F2F pun internet membantu juga.

Wednesday, February 18, 2009

bukan reflection

Salam dan hello kepada semua.



Ini bukan reflection untuk kelas yang lalu, ini untuk menambah info berkaitan post Dr Tee tentang ketidakberkesanan online learning berbanding traditional classroom (ADEC server down kot, tak boleh masuk).



Untuk reflection minggu lepas, saya mahu surf-hopping blog yang disarankan Dr sebelum memperbaiki blog refleksi saya sendiri. Saya rasa refleksi saya tidak cukup kuat untuk memenuhi tuntutan kursus ini :(



Ini hasil pencarian saya, kertas kerja yang agak menarik.



Yang ini pula dapatan seorang pengamal DE.



Walaupun setiap aspek yang dikaji adalah berbeza, apa yang dapat saya rumuskan ialah sememangnya penyediaan kelas DE menuntut masa dan usaha yang lebih (di peringkat awal tentunya). Perancangan yang teliti adalah perlu bagi memastikan kelancaran perjalanan DE. Seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Friday, February 6, 2009

DE: 4th class

Salam & hi to all.



Kelas semalam agak mendebarkan. Walaupun pembentang pertama Kak Hana dan Kak Iza sampai tak lalu makan, tak lena tidur (mungkin), yang lain pun turut merasa debarnya. Mereka seperti peletak benchmark; ke arah mana persembahan untuk kelas ini perlu dibawakan.

Saya rasa bertuah kerana berjaya membaca Chapter 6 sebelum menyertai kelas. Perbincangan yang dibawa oleh kedua-dua presenter mengukuhkan lagi pemahaman saya. Tidaklah rasa tertinggal sangat dengan perbincangan yang diadakan. Dan, ya! PoerPoint mereka sangat cantik dan menarik :)

Ada beberapa ciri persamaan antara peserta/pelajar DE. Antaranya, mereka ini self-starters, tinggi motivasi diri, bekerja, punya komitmen lain seperti keluarga dan memang suka belajar. Cuma sedikit perbezaan pada ciri DE Learner sekarang dengan DE Learner dulu, DE learner sekarang perlu ada duit, sedangkang dulu orang yang menyertai DE ni punya seumber kewangan yang terhad.

Perbincangan dari hati ke hati berkaitan dengan projek Wiki yang terbengkalai juga turut mengurangkan sedikit beban yang mula dirasakan semester ini. Oh, rupa-rupanya perasaan terbeban, tidak tahu arah tuju dan tiada panduan itu rupanya perasaan biasa untuk seorang peserta DE. Kalau ikutkan segala kekangan yang ada, mahu saja mohon pada Dr Tee agar batal kan sahaja tugasan wiki tu, tetapi rasa rugi pula melepaskan satu peluang pembelajaran.

Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya, bila Dr Tee menerangkan tentang:
agree to agree
agree to disagree
Ya, sampai satu tahap, kita perlu menerima pendapat orang lain, dan menolak pendapat orang lain dengan cara yang betul.
Intersubjektiviti adalah satu perkataan besar, namun saya rasa saya berjaya memahaminya.
Sampai sini dahulu, mahu bava chapter yang seterusnya :)

Sunday, February 1, 2009

Still not finish yet

Salam and hellooooo everyone :)

Kak Hana & Pn Iza assisted us with few articles to read. Plus, the text book chapter 6.

Therefore: still not finish reading it.


What to do?


Read la, and stop blogging ;P