Sunday, April 12, 2009

Kempen E-poster

Hari ini kelas sedikit huru-hara (?) kerana individu dan kumpulan yang terlibat untuk pembentangan sibuk set-up persembahan mereka.

Yang tidak membentang pula, mengambil kesempatan meninjau dari 1 e-poster ke e-poster yang lain, dengan harapan dapat melihat sendiri bagaimana tugasan ini patut disempurnakan.

Setiap kursus yang dirangka berbeza konteks dan sasaran pengguna. Platformnnya tetap sama. iaitu menggunakan kuasa internet untuk mengaplikasi pendidikan jarak jauh.

Gementar bukan saja pada pembentang, pemerhati juga rasa kecut perut dan bimbang. Setiap komen, pendapat dan cadangan dilihat dari sudut positif, dinilai semula bagi memperkemas persembahan terakhir projek besar ini.

Saya membuat rumusan sendiri; seperti yang telah dijelaskan oleh Dr Tee dalam kelas yang lalu, setiap dari kita punya PLT masing-masing. Sedar tak sedar, kita cuba memberi pendapat kepada rakan lain dengan merasakan apa yang kita akan buat jika kita di tempat mereka. Kita mahu projek mereka sama macam projek kita ;) well, at least!

Sekali lagi, semangat agree to disagree dan agree to agree dapat diperhatikan. Saling membantu untuk memastikan semua orang mendapat pengalaman terbaik dari kursus ini.

Gosh!! Adakah saya bersedia untuk dikritik minggu depan?

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?