Tuesday, February 24, 2009

Internet-based DE

Maafkan saya, tapi saya was gasping for air lepas keluar kelas hari tu. Persembahan Pat dengan Bee Hua padat dengan maklumat, ditambah pula dengan kuliah Dr Tee, saya rasa sedikit kognitif overload :p

DE dulu bermula dengan surat-menyurat, melalui tv, radio dan kini semakin maju dengan internet. Saya rasa saya faham mengapa Pat dan Bee Hua agak terlebih penyampaian pada malam tu, kerana internet menawarkan baaaaaanyak maklumat. Keghairahan untuk membincangkan perkara yang dekat dengan kita membuatkan mereka sukar menapis maklumat yang ingin dikongsi bersama (mungkin!)

Kemudahan-kemudahan atas talian yang banyak ditawarkan kini, sememangnya memudahkan proses DE berlaku. Cuma, pengguna perlulah bijak untuk memilih maklumat yang tepat dan bersesuaian dengan kegunaan mereka. Seperkara lagi, penggunaan bahan-bahan di internet perlulah tidak menyalahi peraturan hak cipta dan harta intelek. Kegiatan-kegiatan plagiarisma perlu dielakkan. Kebiasaannya pelajar-pelajar lebih gemar merujuk kepada maklumat dari internet untuk menyelesaikan tugasan mereka (saya pun salah seorang dari mereka). Maka pelajar perlu tahu had-had yang dibenarkan untuk copy and paste. pelajar juga perlu tahu menggunakan citation.

Presenters ada menyebut tentang CMS, dan Moodle adalah contoh paling mudah. Melalui pemahaman saya, CMS lebih kepada bagaimana kita nak mengurus sesuatu kursus pembelajaran tu. Siapa gurunya, bagaimana nak hubungi beliau, apa isi kandungan p&p nya, bila kelas akan diadakan, cara penilaiannya bagaimana.... itu CMS. LMS pula lebih menitik beratkan hal pelajar. mereka faham ke tak isi pengajaran, berapa skor mereka dapat, apa latihan yang boleh diberikan, bagaimana latihan boleh disediakan dan macam-macam lagi. Kalau saya rumuskan dalam CMS ada LMS, setuju? Tetapi dalam LMS belum tentu ada CMS, boleh begitu?

WEb 2.0, jika digunakan dengan betul, sangat membantu dalam proses DE. Blog ni salah satu daripada kemudahan yang ditawarkan. selain blog, wiki juga kemudahan web 2.0 (banyak lagi, saya tak ingat). Agak menghairankan, dalam keadaan sekarang pun sebenarnya masih ada orang yang fobia dengan komputer dan internet ni. Nak guna Facebook pun tak berani.

Saya rasa, sebagai pendidik kita perlu berani untuk explore tools yang ditawarkan di internet. Bukan untuk DE saja, untuk F2F pun internet membantu juga.

3 comments:

  1. I agree with you that LMS can be a part of CMS.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan normie..dah overload.. tapi amat bermakna.
    Penerangan normie tentang CMS amat membantu saya dalam memahami apa itu CMS.Thanks.

    ReplyDelete
  3. Normie, ada tak baca komen saya dari blog entry sebelum ini?

    As for this entry, I like to respond to the following:
    "Kalau saya rumuskan dalam CMS ada LMS, setuju? Tetapi dalam LMS belum tentu ada CMS, boleh begitu?"

    CMS and LMS can have significantly different functions. It is difficult to say that one is subset of the other. It really depends on the program and how the program is used.

    ReplyDelete

Apa kata anda?