Oh sebelum itu, terima kasih kepada Cil Linda yang telah me-alert- kan saya tentang bengkel ini (di FB la kan).
- penulisan akademik adalah untuk mengemukakan hujah dan pandangan- langsung tidak berbentuk peribadi
- kita takde autoriti nak kemukakan idea2 sendiri- sebab itu merujuk kepada published authors adalah PENTING
- Stail menulis untuk Pendidikan biasanya APA, namun kekadang ada gak tercampur dengan stail Chicago (slightly different), jaga-jaga ya.
- Satil APA pentingkan surname
- Bahagian rujukan untuk susunan yang cantik, dalam Word: Paragraph--> Special--> Hanging --- wallaweiyh ;)
- rujukan dalam teks ada 2 macam; a) integral (bersepadu)- nama penulis disebut dalam teks----> Kagan (1990). b) non-integral (tidak bersepadu)- nama penulis hanya disebut dalam kurungan/ catatan nombor ----> (Carter, 1990). Yang (b) seolah-olah tidak mengakui penulis itu, sebaliknya yang (a) kita menekankan pendapat penulis itu.
- JANGAN campurkan kedua-dua jenis rujukan dalam satu ayat dengan merujuk kepada 2 rujukan yang berlainan. Contoh----> Menurut Carter (1990), nndhf hgetf xgdfrf xsgdt (Kagan, 1990).
- Sumber ke-2 (as cited by ...... in .......): di bahagian rujukan hanya tulis rujukan pertama, ke-2 tidak perlu
- Parafrasa bukan sekadar menukar perkataan sahaja, sebaliknya struktur ayat juga perlu diubah
- Bab 1 dalam 10 mukasurat pun sudah cukup
- Ayat0ayat permulaan untuk menulis pernyataan masalah seeloknya mempunyai narrative hook yang boleh grab attention pembaca, seperti dimulakan dengan statistik atau qoute orang2 ternama, janganlah terlalu teknikal sangat.
- Tajuk yang baik jangan lebih dari 12 patah perkataan
- permasalahan mesti negatif (kalau semua ok, bukanlah masalah kannnn)
- Permasalah kajian (macam tengok hutan dari helikopter) adalah rumusan soroton kajian (macam tengok hutan semasa berada di dalam hutan- cerita SEMUA) yang berhelai-helai kepada beberapa perenggan sahaja
- bila buat bacaan aktif, kena pegang highlighter (heheheheheh....)
Banyak lagi info yang best, memang rasa refresh bila dengar semula benda-benda ni.
I'm back people, I'm back. WuuuuuHuuuuuuu!!!!!
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?