Monday, August 17, 2009

Kelas Prof 14.8.09

Saya masuk lewat, maaf. Tergendala di balai polis, menyelesaikan report kerana BHW saya dilanggar dari belakang ;(

Masuk-masuk, pembentangan tentang tugasan lalu oleh salah seorang pelajar PhD. Saya masih tak dapat tangkap topik perbincangan, jadi saya skip refleksi untuk itu.

Bahagian ke-2, TPCK. Betul, dah download bahan bacaan yang prof letak, tapi belum sempat baca. Balik rumah terus capai sebab rasa tercabar yang pelajar undergrad pfro siap leh reflek pasal TPCK, yang kita ni baca pun dak lagi ;P

Technological Pedagogical Content Knowledge: bila dah baca baru faham: untuk research, yang perlu diambil kira samada technology part, pedagogi atau konten.

Apa-apa pun, teknologi hanyalah alat untuk membangunkan T&L / P&P yang lebih berkesan dan lebih up to date. Perlu apa up to date dalam P&P? silibus kurang lebih sama dengan zaman kita sekolah rendah. Cara mengajar lebih kurang sama macam kita dulu sekolah (tak dinafikan, dalam kepesatan perkembangan ICT di negara kita, kebanyakan dari kita masih gemar kaedah talk and chalk: the most common way to deliver information). Maka, pengetahuan tentang teknologi membantu guru menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih, sistem sokongan yang lebih mantap (untuk menyalurkan feedback yang perlu) dan jaringan komunikasi sosial yang lebih menyeluruh.

Pedagogi melalui pemahaman saya masih dikuasai domain utama seperti cara behavioris, konstruktivis dan kognitivis (dan lain-lain)- teknik mengajar yang boleh digunakan masih lagi sama seperti lecture, discussion, drill ant practice, mastery learning dan yang baru seperti PBL. Maka apa pentingnya pedagogi ini seolah-olah di-revise semula sesuai dengan kemudahan teknologi terkini? Jawapannya, walaupum method of information delivery seperti seakan sama, namun cara pemikiran pelajar sekarang tidak lagi sama. Kita mungkin menghafal (dulu-dulu) dengan mengulang perkataan/ ayat banyak kali. Pelajar sekarang hany cuma perllu menggunakan ipod atau handphone mereka.

Konten/ isi kandungan. Ada baiknya perkara-perkara abstrak diterangkan kepada pelajar dengan bantun teknologi seperti simulasi dan educational games. Tidak semua isi kandungan boleh diteknologikan namun terdapat pelbagai teknologi yang boleh menyampaikan konten.

(apa tah yang saya rapikkan ini. gara-gara baca tak abis tapi nak wat entry)

Nanti saya sambung. Rumusan belum terjelma di minda.

1 comment:

  1. Thanks Normie =)

    Jumpa quite a number of research paper ttg ni.. mmg patut mulakan dari sini.. rasanya kalau tak lagi bercelaru otak iza..hehehe..jom baca!

    ReplyDelete

Apa kata anda?