Sunday, August 2, 2009

Assignment 1 RIT

Saya tak sangka!

Ya, itu adalah reaksi pertama apabila melihat pembentangan Puan Zaihasriza. Sangat teliti dan kritikal. Sangat banyak perkataan dan disokong dapatan yang bukan calang-calang. Saya punya? Mengkritik secara umum sahaja (tapi kertas projek yang saya pilih adalah ok!).

Ini yang dikatakan teguran membina, bukan saja-saja menghentam hasil kerja orang lain. Saya tidak sekritikal itu kerana saya berasa ‘senang’ dengan kertas projek yang saya pilih. Mengkritik tanpa mengenali pengkaji mungkin lebih mudah kerana tiada sentimen kasihan (?).

Perasaan ‘senang’ itu mungkin kerana semasa sesi kelas yang lalu, penilaian terhadap Tugasan 3 seorang kawan itu sangat memeningkan. Dari tajuknya sahaja sudah menimbulkan persoalan. Bila diteliti bersama Ros dan Maryam, ternyata ada beberapa kepincangan dalam hasil tugasan itu.

Semasa membelek kertas projek yang saya pilih untuk dikritik itu, saya dapati ianya mudah difahami dan sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan semasa. Dengan bacaan lanjut, ternyata ia tidak mengecewakan.

Apa yang pasti, menghasilkan kertas projek untuk semester akhir bukan mudah. Pembacaan perlu banyak dan merangkumi banyak aspek berkaitan. Kurang maklumat/bahan bacaan akan terkesan pada hasil kerja nanti.

Semangat berkongsi juga adalah penting. Kadang-kadang bila meng-google di internet, kita tak jumpa apa yang kita mahu, namun apalah salahnya save maklumat itu dan kongsi dengan yang lain, ada juga gunanya.

Seperti pembentangan oleh Ros, barulah saya tahu ada program yang boleh digunakan untuk menganalisis data berbentuk kualitatif. Saya mahu juga mencuba kajian jenis ini tetapi saya rasa saya tak punya The 6 Sense (bak kata Dr Loh) untuk menganalisis perbualan yang direkodkan.

Oh tajuk!!! Saya masih belum punya tajuk. Entah macam mana nak mula Tugasan 2 kalau tajuk pun belum ada.

Usaha usaha usaha!!!

2 comments:

  1. Assessing other people's work is never as easy as we thought. Hope you have learnt much from the exercise and as you are working on your own research always keep in mind the other people who will be reading and commenting on your work. All the best.

    ReplyDelete
  2. bagusnye akak ade blog sendiri..kalu rajin akak copy paste le kat adec forum..saya ada buat comment utk akaknye post ni kat sane..tp adec mcm ade prob.

    ape2 pun betol la ape yg akak ckp 6th sense tu pening kan..tp apa2 pun saya pun tgh pulun membaca dgn harapan byk le dapat idea utk menganalisis data nanti...

    Linda.

    ReplyDelete

Apa kata anda?