Friday, February 6, 2009

DE: 4th class

Salam & hi to all.



Kelas semalam agak mendebarkan. Walaupun pembentang pertama Kak Hana dan Kak Iza sampai tak lalu makan, tak lena tidur (mungkin), yang lain pun turut merasa debarnya. Mereka seperti peletak benchmark; ke arah mana persembahan untuk kelas ini perlu dibawakan.

Saya rasa bertuah kerana berjaya membaca Chapter 6 sebelum menyertai kelas. Perbincangan yang dibawa oleh kedua-dua presenter mengukuhkan lagi pemahaman saya. Tidaklah rasa tertinggal sangat dengan perbincangan yang diadakan. Dan, ya! PoerPoint mereka sangat cantik dan menarik :)

Ada beberapa ciri persamaan antara peserta/pelajar DE. Antaranya, mereka ini self-starters, tinggi motivasi diri, bekerja, punya komitmen lain seperti keluarga dan memang suka belajar. Cuma sedikit perbezaan pada ciri DE Learner sekarang dengan DE Learner dulu, DE learner sekarang perlu ada duit, sedangkang dulu orang yang menyertai DE ni punya seumber kewangan yang terhad.

Perbincangan dari hati ke hati berkaitan dengan projek Wiki yang terbengkalai juga turut mengurangkan sedikit beban yang mula dirasakan semester ini. Oh, rupa-rupanya perasaan terbeban, tidak tahu arah tuju dan tiada panduan itu rupanya perasaan biasa untuk seorang peserta DE. Kalau ikutkan segala kekangan yang ada, mahu saja mohon pada Dr Tee agar batal kan sahaja tugasan wiki tu, tetapi rasa rugi pula melepaskan satu peluang pembelajaran.

Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya, bila Dr Tee menerangkan tentang:
agree to agree
agree to disagree
Ya, sampai satu tahap, kita perlu menerima pendapat orang lain, dan menolak pendapat orang lain dengan cara yang betul.
Intersubjektiviti adalah satu perkataan besar, namun saya rasa saya berjaya memahaminya.
Sampai sini dahulu, mahu bava chapter yang seterusnya :)

1 comment:

  1. As mentioned in class, check out Hana's blog. It relates to this notion of 'agree to disagree' and intersubjectivity.

    Thanks for sharing -- I enjoy your expressive language!

    ReplyDelete

Apa kata anda?