Monday, October 31, 2011

Bentuk-bentuk soalan

Dalam kehidupan ini, kita cenderung untuk bertanya close-ended question, soalan yang hanya memerlukan jawapan ya atau tidak. Hakikatnya, soalan-soalan memerangkap sebegitu, seringkali menjerumuskan kita ke kancah perasaan yang tidak tertanggungkan.

Tak faham? Saya pun, tapi saya pasti saya sering menghadapinya. Contoh, saya tanya pelajar perkara paling mudah:

Awak dah makan ke belum?


Macam mana saya nak makan Ustazah, tadi kena tahan dengan Cikgu Gana. Dia bla bla bla......


Perlu ke? Perlu? Jawapan yang saya harapkan hanya YA atau TIDAK. Itu sahaja. Mudah.com.my.

Tetapi, sebaliknya yang saya terima. Dan mengapa respon pelajar itu sebegitu? Kerana ketika itu dia mengharapkan saya dapat menawarkan penyelesaian  untuk masalah emosi yang dihadapinya. Dia marah kerana ditahan Cikgu Gana. Penahanan itu menyebabkan dia tak dapat makan. Akibatnya dia terpaksa berlapar sehingga habis sesi persekolahan jam 1.50 petang (lebih malang kalau insiden itu jatuh pada hari Isnin atau Selasa, balik 2.30 petang, tak gila kelaparan dibuatnya?).

Saya sering bertelingkah dengan zauj saya, kebiasaannya saya membangkitkan kecemburuan saya terhadap kawan-kawan beliau (kerana beliau lebih kerap berada di luar berbanding menghadap dan memanjakan saya 24/7). (Ahahahahahah..... yup, I'm quiet an attention seeker when I'm around him. I love to be pamper by him. I'm just plain.... love him).

Dan soalan close-ended yang saya ajukan kepada beliau ialah:

Abang cakap, kenapa Abang lebihkan kawan-kawan Abang berbanding saya? Cakap! (sila baca dengan penuh dramatik dan air mata).

Dan seperti senario di atas, bukan jawpan ya atau tidak yang saya terima.

Sayang, jenazah Ayg sudah pasti Abg yang akan angkat, tetapi jenazah Abg.... Bukan Ayg yang akan angkat.


Saya terkedu, dalam sendu tangis yang masih bersisa. That point never reached my brilliant mind before. Never.

Kesimpulannya, itulah cerita saya hari ini. Jawapan zauj saya itu sungguh terkesan di hati saya. Dan saya tahu, dia sayang saya.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?