Wednesday, September 9, 2009

Think, Pair, Share

Sedikit renungan untuk diri sendiri:

Pagi dalam kelas bincang dengan budak hadis 'Ilmu pengetahuan asas kejayaan - Form 1'. Antara lain maksud hadis: Mulakanlah pagimu sebagai orang yang mengajar ilmu, belajar ilmu, pendengar ilmu atau pencinta ilmu, jangan jadi golongan yang ke-5, nescaya kamu celaka.. au kama qal.

Petang lepas sekolah buru-buru ke Library UM, nak siapkan research matrix. Alhamdulillah akhirnya dapat juga idea nak buat apa, terima kasih kepada Kak Zamiah Abdullah (sila perhatikan nama penuh), orang yang membantu saya memulakan pencarian saya dengan mencadangkan tajuk yang lebih sesuai (saya tukar colaborative learning kepada CTL). Terima kasih kak :)

Dalam sejuk-sejuk duduk kat Karel 27, berjaya refine RO1 dan RQ1. Nak masuk RO2 dan RQ2, Iza datang, tolong murnikan lagi apa yang telah di draft. Oleh itu, terima kasih juga kepada Puan Zaihasriza Idris (sila perhatikan nama penuh).

Kesimpulannya, berkongsi ilmu itu adalah pentas menguji sejauh mana depth of knowledge yang kita ada.

Perjalanan ini masih jauh, likunya penuh duri, namun kesediaan berkongsi ilmu anda semua adalah permaidani merah yang menyamankan (?).

p/s: tanda-tanda cognitive overload.

1 comment:

  1. Lama tak masuk sini.... =) ala2 rindu lak..hehehe.. owh.. tak tersangka diriku ini (sila tgk nama penuh ye) ada memberikan sumbangan. Tak terlintas pun, saja je cari normie nak gi kacau.. hehehe..

    Good luck ye!

    ReplyDelete

Apa kata anda?