Sunday, October 4, 2009

Arghhh.... bisa bona!

Kelas Jumaat hari tu ter-fire dek prof.

Prof kata (lebih kurang, tak ingat the exact words);

nak senang, buat la Sarjana Pendidikan Islam.

huhuhuhu..... terbakar beb. Cabaran neh!

Friday, October 2, 2009

mari kita susun otak kita

p/s: entry ini akan mengabaikan terus aspek tatabahasa seperti tulisan huruf besar dan huruf kecil. maaf.

1. cari masalah, masalah yang kita nak selesaikan, masalah pembelajaran yang kita nak tackle.

2. fikirkan strategi apa yang kita nak gunakan untuk selesaikan masalah tu. contoh:
masalah: pelajar tak dapat menjawab soalan KBKK dengan baik sebab pelajar tak banyak maklumat yang boleh dikembangkan sebagai jawapan

masalah tu dari segi sikap ke, motivasi ke, masalah pembelajaran ke, knowledge management ke, knowledge retrieval ke, pentadbiran ke? APA?
strategi penyelesaian: boleh tak kita minta pelajar bincang masalah tu dengan lebih lanjut? (so apa teori yang menyatakan perbincangan dapat membantu pelajar to gather much more information?

3. TEORI. teori apa yang boleh membantu/ menyokong hipotesis kita tu. teori apa yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah tu? teori apa yang boleh membantu kita menjalankan kajaian tu ----> sebagai guideline mungkin.

4. lesson plan. YOU ARE PLANNING THE WHOLE ACTIVITIES---------> apa yang nak disampaikan, apa progress, apa process, berjaya ke tak, kalau tak berjaya nak wat macam mana, assessment macam mana?

apa yang kita nak buat dalam kelas? bagaimana ia dilaksanakan? contoh, kita nak pelajar post refleksi yang berbentuk luahan perasaan; pelajar tau tak macam mana nak buat refleksi jenis tu? kalau tak tau, kita kena ajar dulu sebelum leh kaji pasal tu. kita kena tau apa yang pelajar tau. kita nak kaji komen pelajar dalam facebook; dorang tau tak nak guna facebook? kena jar , if dorang tak tau.

5. profil pelajar. apa yang dorang ada. apa yang dorang takde.

OMG. baru sekarang faham? slow.


Wednesday, September 9, 2009

Think, Pair, Share

Sedikit renungan untuk diri sendiri:

Pagi dalam kelas bincang dengan budak hadis 'Ilmu pengetahuan asas kejayaan - Form 1'. Antara lain maksud hadis: Mulakanlah pagimu sebagai orang yang mengajar ilmu, belajar ilmu, pendengar ilmu atau pencinta ilmu, jangan jadi golongan yang ke-5, nescaya kamu celaka.. au kama qal.

Petang lepas sekolah buru-buru ke Library UM, nak siapkan research matrix. Alhamdulillah akhirnya dapat juga idea nak buat apa, terima kasih kepada Kak Zamiah Abdullah (sila perhatikan nama penuh), orang yang membantu saya memulakan pencarian saya dengan mencadangkan tajuk yang lebih sesuai (saya tukar colaborative learning kepada CTL). Terima kasih kak :)

Dalam sejuk-sejuk duduk kat Karel 27, berjaya refine RO1 dan RQ1. Nak masuk RO2 dan RQ2, Iza datang, tolong murnikan lagi apa yang telah di draft. Oleh itu, terima kasih juga kepada Puan Zaihasriza Idris (sila perhatikan nama penuh).

Kesimpulannya, berkongsi ilmu itu adalah pentas menguji sejauh mana depth of knowledge yang kita ada.

Perjalanan ini masih jauh, likunya penuh duri, namun kesediaan berkongsi ilmu anda semua adalah permaidani merah yang menyamankan (?).

p/s: tanda-tanda cognitive overload.

Assessment In The 21st-Century Classroom

Check out this SlideShare Presentation:

Monday, August 31, 2009

Unpack 2: Learning, Teaching and Scholarship in a Digital Age

Membaca artikel ini ibarat saya pergi ke suatu tempat baru yang pernah dengar, tapi tak pernah sampai. Banyak perkara/site baru yang 'diterokai' melalui pembacaan artikel ini, antaranya;

- website untuk membantu RESEARCHER mengumpul, mengorganisasi dan men-cite bahan-bahan bacaan/rujukan yang diperolehi - penulisan bibliografi menjadi lebih mudah dengannya ;)
  1. Zotero
  2. EndNote
  3. Connotea
- website yang mempromosi jaringan sosial yang lebih besar:

  1. Facebook (oh ini tidak perlu diperkenalkan lagi, anda pun seorang daripadanya kan..)
  2. LinkedIn (macam Facebook tapi yang ini mementingkan education background- boleh juga dijadikan sebagai platform untuk resume, saya dah join!)
  3. Ning (Kak Mimah melaksanakan projek PhDnya menggunakan Ning, dia kata ia ibarat Facebook + blog ke hapa ke. Menarik juga untuk dieksplorasi).
  4. Elgg -a powerful social engine-site ni lah kata
  5. Second Life -memvirtualkan kehidupan/ company anda. Berkongsi training dan social networking melaluinya. Anda boleh menjadi sesiapa sahaja di kawasan kehidupan ke-2 ini.
Artikel ini secara umumnya memberitahu kepada saya bahawa sangat banyak kemudahan on-line yang boleh membantu pengkaji menyelesaikan tugasannya. Ia juga memberikan idea lapangan-lapangan yang berkaitan pendidikan dan on-line untuk diterokai secara robust dan punya kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (ruangan untuk kajian kualitatif ataupun kuantitatif).

Artikel ini pada bahagian awaknya pula mendedahkan kepda kita bahawa pelajar generasi baru sangat perlukan perubahan dalam cara guru mempersembahkan T&L/P&P yang lebih berorientasikan internet. Remaja kini menggunakan internet lebih banyak masa berbanding kita dahulu (masa zaman belajar).

Antara keyword yang perlu difahami:

  1. digital disconnect - keadaan yang mana teachers had not yet shifted their teaching to respond to the new ways students communicate and use the web beyond classrooms
  2. today's CLASSROOM - should support formal education (yang berlangsung di dalam kelas) and informal education (yang berlangsung secara tidak langsung tapi masih berstruktur di luar kelas/sekolah- tentunya yang berlaku di internet/dunia virtual. Perlu disedari bahawa pelajar turut membincangkan pelajaran dalam masa mereka menggunakan internet). Satu soalan, adakah pelajar di Malaysia juga termasuk dalam pelajar yang dimaksudkan dalam artikel ini? Benarkah pelajar di negara kita juga terdedah dengan kemudahan internet seperti pelajar yang dimaksudkan dalam artikel ini?
  3. cognitive tools (diperkenalkan oleh Encik Jonassen-sila google tentang beliau dan cognitive tools) that share the cognitive burden of accomplishing tasks.
  4. online identities - dynamic and shifting constructions and presentations of self
  5. digital citizenship skills - prepare online users to practice safe and responsible use of technologyand exhibit a positive attitude toward technology use
  6. digital literacy - knowing how and when to use which technologies and knowing which forms and functionare most appropriate for one's purposes (point 5 & 6 mempromosi bahawa dengan skill yang ada pengguna internet seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan/remix resources yang ada di internet - untuk mengelak salah laku, plagiarisme dsb).
  7. cloud computing - ini betul baru dengar. Mari baca lagi di sini.
  8. social operating system - the emphasis on data and information is equal to or replaced by an emphasis on creating, developing and sustaining human relationship (pun belum faham sangat, mari baca ini).
Oh sebelum saya terlupa, menurut artikel ini, pelajar/ pengguna internet sekarang bukan hanyabrowse, read and obtained information (Web 1.0) tapi pengguna internet kina boleh buat macam-macam (read and write- participate, collaborate and distribute information), bukan sekadar user sahaja, tetapi boleh bertindak sebagai producer.

Dan sebagai peringatan kepada diri sendiri, sila baca Horizon Report 2008 dan 2009 itu. Ia amat berguna.

p/s: Prof RM dan Kak Tipah; jangan upset lagi ya :)