Ohoh sudah selesai sem ini. Tapi sangat tidak puas hati dengan assignment Prof yang telah dihantar :(
I am 100% pisitively sure that I can do much much better!
As I always said to myself, if better is possible, good is not enough. *sigh*
Kesalahan pertama:
Lambat bertindak setelah tajuk proposal pertama ditolak.
Kesalahan kedua:
Tak jumpa Dr Chin, selaku supervisor yang bagos sebenarnya :P
Kesalahan ketiga:
Tak banyak membaca artikel yang berkaitan.
Kesalahan keempat:
Tak berusaha sehabis daya, beralasan kononnya sibuk dengan hal sekolah. Padahal, takde pon.
Maka, perlu extra usaha untuk sem depan. Tak boleh malas-malas lagi neh!
Friday, November 13, 2009
Sunday, October 4, 2009
Arghhh.... bisa bona!
Kelas Jumaat hari tu ter-fire dek prof.
Prof kata (lebih kurang, tak ingat the exact words);
nak senang, buat la Sarjana Pendidikan Islam.
huhuhuhu..... terbakar beb. Cabaran neh!
Friday, October 2, 2009
mari kita susun otak kita
p/s: entry ini akan mengabaikan terus aspek tatabahasa seperti tulisan huruf besar dan huruf kecil. maaf.
1. cari masalah, masalah yang kita nak selesaikan, masalah pembelajaran yang kita nak tackle.
2. fikirkan strategi apa yang kita nak gunakan untuk selesaikan masalah tu. contoh:
masalah: pelajar tak dapat menjawab soalan KBKK dengan baik sebab pelajar tak banyak maklumat yang boleh dikembangkan sebagai jawapan
masalah tu dari segi sikap ke, motivasi ke, masalah pembelajaran ke, knowledge management ke, knowledge retrieval ke, pentadbiran ke? APA?
strategi penyelesaian: boleh tak kita minta pelajar bincang masalah tu dengan lebih lanjut? (so apa teori yang menyatakan perbincangan dapat membantu pelajar to gather much more information?
3. TEORI. teori apa yang boleh membantu/ menyokong hipotesis kita tu. teori apa yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah tu? teori apa yang boleh membantu kita menjalankan kajaian tu ----> sebagai guideline mungkin.
4. lesson plan. YOU ARE PLANNING THE WHOLE ACTIVITIES---------> apa yang nak disampaikan, apa progress, apa process, berjaya ke tak, kalau tak berjaya nak wat macam mana, assessment macam mana?
apa yang kita nak buat dalam kelas? bagaimana ia dilaksanakan? contoh, kita nak pelajar post refleksi yang berbentuk luahan perasaan; pelajar tau tak macam mana nak buat refleksi jenis tu? kalau tak tau, kita kena ajar dulu sebelum leh kaji pasal tu. kita kena tau apa yang pelajar tau. kita nak kaji komen pelajar dalam facebook; dorang tau tak nak guna facebook? kena jar , if dorang tak tau.
5. profil pelajar. apa yang dorang ada. apa yang dorang takde.
OMG. baru sekarang faham? slow.
Wednesday, September 9, 2009
Think, Pair, Share
Sedikit renungan untuk diri sendiri:
Pagi dalam kelas bincang dengan budak hadis 'Ilmu pengetahuan asas kejayaan - Form 1'. Antara lain maksud hadis: Mulakanlah pagimu sebagai orang yang mengajar ilmu, belajar ilmu, pendengar ilmu atau pencinta ilmu, jangan jadi golongan yang ke-5, nescaya kamu celaka.. au kama qal.
Petang lepas sekolah buru-buru ke Library UM, nak siapkan research matrix. Alhamdulillah akhirnya dapat juga idea nak buat apa, terima kasih kepada Kak Zamiah Abdullah (sila perhatikan nama penuh), orang yang membantu saya memulakan pencarian saya dengan mencadangkan tajuk yang lebih sesuai (saya tukar colaborative learning kepada CTL). Terima kasih kak :)
Dalam sejuk-sejuk duduk kat Karel 27, berjaya refine RO1 dan RQ1. Nak masuk RO2 dan RQ2, Iza datang, tolong murnikan lagi apa yang telah di draft. Oleh itu, terima kasih juga kepada Puan Zaihasriza Idris (sila perhatikan nama penuh).
Kesimpulannya, berkongsi ilmu itu adalah pentas menguji sejauh mana depth of knowledge yang kita ada.
Perjalanan ini masih jauh, likunya penuh duri, namun kesediaan berkongsi ilmu anda semua adalah permaidani merah yang menyamankan (?).
p/s: tanda-tanda cognitive overload.
Assessment In The 21st-Century Classroom
Check out this SlideShare Presentation:
Assessment In The 21st-Century Classroom
View more documents from Konrad Glogowski.
Tuesday, September 8, 2009
Leveraging On Web2.0 In Teaching And Learning
Check out this SlideShare Presentation:
Leveraging On Web2.0 In Teaching And Learning
View more documents from Paviter Singh.
Subscribe to:
Posts (Atom)