Saturday, April 14, 2012

PBS people, PBS!

Pautan2 ini mungkin ada kaitan dengan penyudahan paper projek saya:

p/s: oh Allah, bantulah aku, tak sanggup lagi menangguh laporan ini. sungguh!

PBS: http://www.moe.gov.my/lp/index.php/component/content/article/53/216-pentaksiran-berasaskan-sekolah

KSSR: http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&Itemid=83

Imbasan Sejarah Pendidikan di Malaysia: http://www.moe.gov.my/?id=83&lang=my



ok. buat kerja sekarang :)


Monday, October 31, 2011

Bentuk-bentuk soalan

Dalam kehidupan ini, kita cenderung untuk bertanya close-ended question, soalan yang hanya memerlukan jawapan ya atau tidak. Hakikatnya, soalan-soalan memerangkap sebegitu, seringkali menjerumuskan kita ke kancah perasaan yang tidak tertanggungkan.

Tak faham? Saya pun, tapi saya pasti saya sering menghadapinya. Contoh, saya tanya pelajar perkara paling mudah:

Awak dah makan ke belum?


Macam mana saya nak makan Ustazah, tadi kena tahan dengan Cikgu Gana. Dia bla bla bla......


Perlu ke? Perlu? Jawapan yang saya harapkan hanya YA atau TIDAK. Itu sahaja. Mudah.com.my.

Tetapi, sebaliknya yang saya terima. Dan mengapa respon pelajar itu sebegitu? Kerana ketika itu dia mengharapkan saya dapat menawarkan penyelesaian  untuk masalah emosi yang dihadapinya. Dia marah kerana ditahan Cikgu Gana. Penahanan itu menyebabkan dia tak dapat makan. Akibatnya dia terpaksa berlapar sehingga habis sesi persekolahan jam 1.50 petang (lebih malang kalau insiden itu jatuh pada hari Isnin atau Selasa, balik 2.30 petang, tak gila kelaparan dibuatnya?).

Saya sering bertelingkah dengan zauj saya, kebiasaannya saya membangkitkan kecemburuan saya terhadap kawan-kawan beliau (kerana beliau lebih kerap berada di luar berbanding menghadap dan memanjakan saya 24/7). (Ahahahahahah..... yup, I'm quiet an attention seeker when I'm around him. I love to be pamper by him. I'm just plain.... love him).

Dan soalan close-ended yang saya ajukan kepada beliau ialah:

Abang cakap, kenapa Abang lebihkan kawan-kawan Abang berbanding saya? Cakap! (sila baca dengan penuh dramatik dan air mata).

Dan seperti senario di atas, bukan jawpan ya atau tidak yang saya terima.

Sayang, jenazah Ayg sudah pasti Abg yang akan angkat, tetapi jenazah Abg.... Bukan Ayg yang akan angkat.


Saya terkedu, dalam sendu tangis yang masih bersisa. That point never reached my brilliant mind before. Never.

Kesimpulannya, itulah cerita saya hari ini. Jawapan zauj saya itu sungguh terkesan di hati saya. Dan saya tahu, dia sayang saya.

Saturday, October 29, 2011

betul ke?

Saya dapati ada seorang pelawat telah mem-view blog ini dari Israel.....
.
.
.
.
.
Saya telah menaip banyak tiba-tiba terslah tekan dan semuanya hilang. Yang tinggal hanya sebaris ayat di atas dan tanda seru yang tiba-tiba berada di bawah perenggan ini. Oh saya baru sahaja menulis masalah rumahtangga saya di sini tadi. Mungkin itu cara Allah memberi amaran kepada saya bahawa kisah rumahtangga bukanlah untuk tatapan umum. Saya insaf, saya mungkin agak keterlaluan berniat mahu bercerita di sini. Tapi, di mana lagi? Weh, blog ini dikunjungi orang Israel, kamu tahu! Aha!
!

Saya dah kahwin!

ahahahahah..... apekah tajuk yang saya gunakan ini?

Bunyi seperti berlagak, dan hanya saya seorang di dunia ini yang telah berkahwin.

ahahahahahaha.....

Sebenarnya, saya nak beritahu kepada diri saya sendiri, saya dah kahwin. Walaubagaimanapun, projek master saya, masih belum selesai lagi!

Ketika entry ini ditulis, saya sepatutnya membaca jurnal dan mengekstrak bahan daripadanya untuk dimuatkan dalam laporan projek saya.

Apakan daya, saya lebih cenderung meng-explore wajah baru Blogspot berbanding belajar.

ahahahahahahah......

Semalam ke Perpustakaan Za'aba, UM dengan Kak Mie. Banyak jurnal dan tesis di situ. Dalam satu-satu masa, hanya satu bahan yang boleh dibelek dan dipegang. Macam masuk bilik top secret weh! :)

Bahan yang kami cari ada dalam cd. Sejam lebih kami menghadap pc sebab cd tu tidak boleh dibawa keluar dari pejabat kat dalam perpustakaan tu. Terasa seperti mendapatkan rahsia besar kerajaan :) Kami berhasil mendapatkan apa yang kami mahu, cuma mcam kureng la kannnn kena duduk depan tu padahal mudah lg kalu dapat donload je ;p

Alangkah indahnya jika bahan itu diupload dan boleh dicapai terus dari internet!

Tak salahkan kalau dapatan persidangan pendidikan itu dikongsi bersama?

Macam nak give-up, sampai Kak Mie pun kata, dapat D pun jadilah ;P

Tak kot. Berjuang biar sampai habis (kalau tak nanti anak keluar separuh time bersalin. ahahahahahah......)

Saturday, November 27, 2010

Sem baru.... Sem terakhir?

Assalamualaikum.

Lama sungguh tidak ke sini, bersawang berhabuk sudah blog ni.

Seperti selalu, sem baru yang datang disambut dengan semangat yang makkk ooiiii dahsyatnya, macam esok siap lah kertas projek :P

Errrrr rasanya takde pilihan lagi, sem ini perlu disudahkan apa yang terbengkalai. Kalau tidak, ibarat menderma kepada UM sahajalah :)

Tak mahu cakap banyak, takut putus di tengah jalan.

Berusahalah!!